Thursday, September 24, 2020

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN DI MALAYSIA

 KEBUDAYAAN DI MALAYSIA


Pengenalan 

N

egara  Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. oleh kerana itu, Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat ini tidak dapat dinafikan. Adat dan budaya yang merangkumi seluruh aspek bermula dari segi  kelahiran, perkahwinan dan juga perayaan terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. 

Dua jenis adat iaitu Adat Pepatih dan Adat Temenggung.

  • Adat Pepatih diamalkan oleh masyarakat melayu di NEGERI SEMBILAN. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Rajaa bukan berkuasa mutlak dan pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan.
  • Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat melayu seluruh semenanjung kecuali Negeri Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Adat ini juga turut mendapat pengaruh yang banyak kepada agama islam. 

KAUM MELAYU

PERAYAAN-PERAYAAN KEAGAMAAN



  • AIDILFITRI- Hari Raya Aidilfitri setahun sekali yang diraikan dalam bulan Syawal mengikut kelender islam. Hari ini diraikan sebagai hari kemenangan dan hari kegembiraan setelah umat islam dan hari kegembiraan setelah umat islam berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. 
  • AIDILADHA- Hari Raya Aidiladha dikenali sebagai Hari Raya Korban. Masyarakat melayu akan berkorban binatang ternakan sebagai mengenang keyakinan Nabi Ibrahim yang teguh kepada Allah SWT.
  • NUZUL AL-QURAN- Hari Nuzul Quran merupakan hari ke-17 dalam bulan Ramadhan sempena hari penurunan al-Quran.
  • MAULUD NABI- Maulud Nabi merupakan sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.
  • AWAL MUHARAM- Hari pertama daam tahun islam(Tahun Hijrah)
MUZIK ATAU TARIAN 



  • WAYANG KULIT- Persembahan bayangan patung yang menggunakan bahasa Melayu-Siam Selatan. Seni hibursn ini popular dipantai timur serta mengandungi unsur dan pengaruh daripada Hindu dan Islam.
  • MAK YONG- Sejenis drama tari berunsurkan negara Thai seperti gerakan tangan, jari dan posisi kaki. Alatan muziknya seperti geduk dan gedomak. Tarian ini mengambarkan kehalusan dan keindahan istana. 
  • KUDA KEPANG- Sejenis tarian yang mendapat pengaruh Hindu dan Islam. Drama ini tanpa dialog yang mengisahkan satu cerita atau keadaan emosi umum dengan muzik.
  • MENORA-Sejenis drama tari yang mengisahkan Jatakan, Buddha bercirikan negara Thai telah diserap ke dalam kebudayaan Melayu. Persembahannya menunjukkan percantuman unsur negara Thai dengan Melayu.
  • TARIAN GAMELAN-Tarian Gamelan berasal dariada Indonesia. Tarian ini dibawa oleh orang Bugis dan Kepulauan Riau. tarian ini menceritakan cerita panji seperti Raden Galuh Cendera Kirana dan Raden Inu Kertapati.
ADAT PERKAHWINAN






  • MERISIK-Proses betanya oleh keluarga lelaki terhadap keluarga perempuan sekaligus berjanji.
  • BERTUNANG- Persetujuan dan perjanjian antara dua pihak untuk melangsungkan akad nikah.
  • PELAMIN DAN BERSANDING- Pelamin ialah tempat pengantin duduk berdamping(bersanding) dan bentuknya bertingkat. Pelamin melambangkan singgahsana raja dan pengantin akan bersanding seumpama raja yang bersemayan disinggahsana kerana pada hari perkahwinan, pengantin dianggap raja sehari.
JENIS PAKAIAN



  • SARUNG- Sarung boeh dipakai oleh wanita atau lelaki dalam bentuk kain lepas yang diikat di pinggang. Mempunyai tiga sifat iaitu kepala kain,badan kain dan tepi kain. Bagi wanita sarung dipakai bersama baju kurung dan bagi lelaki sarung boleh dipakai bersama baju melayu sahaja ataupun bersama seluar dengan dijadikan kain samping.
  • PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG- Pakaian diraja yang termasyhur di Kelantan. Terdiri daripada tiga helai kain iaitu sehelai kain sarung songket diikat seribu di pinggang, kain selendang dibelit di dada. Bersamanya dipakai pending, tali pinggang dan kalng emas bertakhta permata.
  • PAKAIAN PUTERI PERAK- Pakaian diraja Perak bercirikan seluar Acheh, baju berleher cekak musang dan seluar Acheh daripada songket. Samping dipakai bersama pending emas dan selendang songket dilampai di bahu. Berasal dari Johor dan kini dipakai di seluruh negara oleh kaum perempuan dan lelaki. 
  • BAJU KURUNG TELUK BELANGA- Bagi lelaki bajunya lebih pendek dan diletakkan tiga kocek.
  • BAJU KEBAYA LABUH- Dipakai oleh wanita melayu diseluruh negara. Bajunya dibuat labuh hingga ke lutut, berbelah di hadapan dan dipakai bersama tiga kerongsang.
  • BAJU RIAU ATAU PAHANG- Pakaian diraja Pahang dan Johor. Baju ini merupakan gabungan antara baju kurung cekak musang dan baju kebaya labuh. Berbelah dihadapan dan diperbuat dari songket.

KAUM CINA 

AMALAN



  • KALENDER ORANG CINA- Perhitungan orang cina bermula dari hari pertama anak bulan dan berakhir selama 29 atau 30 hari setiap tahun mengandungi 12 bulan dan setiap tahun dikenali dengan nama-nama binatang. 
  • KEINGINAN MENDAPAT ANAK PETAMA- Keinginan untuk mendapatkan anak lelaki kerana anak lelaki akan mengekalkan nama keluarga dan merupakan orang yang mengendalikan upacara roh kepada ibu bapa yang meninggal dunia. 
  • PELAJARAN- Masyarakat cina beranggapan bahawa bagaimanapun miskin pun seseorangpun, mereka patut diberi peluang yang sama untuk diberi pelajaran. Pelajaran diharap dapat memajukan seluruh keluarga dan membantu sanak saudara kelak.
  • UPACARA PENGEBUMIAN- Masyarakat cina sering mengadakan perarakan apabila berlaku sebarang kematian. Perarakan akan diiringi bunyian muzik dan biasanya menelan kos yang besar.  
PERAYAAN 



  • TAHUN BARU CINA- Perayaan ini mengutamakan perjumpaan keluarga yang diadakan menjelang hari tesebut. Masyarakat cina memastikan sebelum perayaan ini menjelang, hutang-hutang dibayar dan smua akaun ditutup. Perayaan ini berlanjutan selama tiga minggu. 
  • CHAP GOH MEI- Perayaan ini diraikan pada ke-15 selepas Tahun Baru yang merupakan hari terakhir sambutan Tahun Baru Cina.
  • PERAYAAN CHING MING-Perayaan ini diraikan pada hari berakhir bulan kedua dalam tahun lunar. Pada hari ini, kaum keluarga melawat kubur nenek moyang untuk dibersihkan dan bersembahyang.
  • PERAYAAN HANTU LAPAR-Perayaan ini diraikan pada hari ke-15 dalam bulan ketujuh. Hari ini diraikan sempena ingatan terhadap seseorang bernama Mu Lien yang dikenali sebagai Ti Tsang  Wang yang menyelamatkan ibuya daripada syaitan-syaitan yang kelaparan.
  • PERAYAAN KUIH BULAN- Perayaan kuih bulan diraikan pada hari ke-15 dalam bulan ke-5. Perayaan ini diraikan sempena mengingati kejayaan kumpulan pemberontakan yang menentang pemerintahan kerajaan Mongol pada abad ke-14 di negara China. Kuih bulan dijadikan alat untuk menyampaikan mesej dalam intinya. Tanglung menjadi sebahagian daripada perayaan (kegunaanya pada waktu itu iaah sebagai sebagai medium isyarat dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain. 

KAUM INDIA


  1. Pakaian tradisi kaum wanita ialah Sari. Sari menrupakan sejenis pakaian daripada kain sepanjang  ela yang dililitkan di keliling badan dan dipakai bersama dengan sehelai blous. 
  2. pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesta atau kurta iaitu pakaian putih untuk ke kuil bagi perayaan tertentu. 
  3. Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi ataupun roti-roti. Antara roti yang popular adalah 'chapati','paratta' dan 'puri'. Nasi dan roti dimakan bersama dengan kari atau dal. 
  4. Masyarakat India tidak makan daging babi dan lembu.
PERAYAAN 




  • DEEPAVALI-Perayaan ini dipanggil perayaan lampu dan diraikan dalam bulan 'kartikai' dalam agam Hindu yang biasa jatuh pada bulan Oktobar atau November. Masyarakat India meraikan hari ini sebagai symbol ketenangan yang boleh menghalang kuasa jahat(kegeapan).
  • THAIPUSAM- Namanya diambil daripada bahasa Tamil sendiri iaitu Thai(merujuk pada bulan Januari atau Febuari) dan Pusam(perayaan). Masyarakat Hindu biasanya membayar nazar pada perayaan ini.
  • THAI PONGAL-Perayaan ini merupakan perayaan penuai atau petani. Perayaan ini darayak pada awal bulan 'Thai'. 
MASYARAKAT SARAWAK



  • Masyarakat iban sejenis budaya yang dipanggil perburuan kepala(Head Hunting). Seorang lelaki akan memburu kepala untuk ditunjukkan kepada keluarga bakal mertuanya ataupun sebagai lambang kepahlawanan mereka. 
  • Masyarakat iban mengamalkan konsep muafakat yang dipanggil 'Utai Basai Gagamit'. Masyarakat ini yang tinggal di rumah panjang di rumah panjang(didiami oleh beberaa buah keluarga).
  • Masyarakat iban mempunyai upacara-upacara khas dalam dat kematian. Upacara tersebut melibatkan seluruh ahli rumah panjang dan perunding dengan 'Tuai Rumah'(ketua rumah).
  • Dalam kelahiran pula, bayi yang baru dilahirkan dimasukan garam ke dalam mulutnya dan proses ini dipanggil 'ngtup garam'. Sementara melalui proses 'bekindu' ataupun berdiang di unggun api selama 41 hari dan 41 malam.
  • Masyarakat Sarawak masih mengekalkan beberapa jenis tarian tradisi seperti 'datunjut' dalam kalangan orang Bidayuh.Tarian ini ditarikan dengan lemah gemalai oleh pemuda pemudi dengan iringan muzik. 


  • Kaum iban terkenal dengan tarian yang dikenali sebagai 'Ngajat Bunuh'. Tarian ini melambangkan unsur kebudayaan yang gagah, berani menentang sebarang bentuk penjajahan.
  • Masyarakat Melanau aktif menghasilkan kraf tangan seperti bakul, tikar ,perangkap ikan, tudung saji di samping menghasilkan ukiran kayu dan perahu.


  • Masyarakat sarawak sangat terkenal dengan tenunan kain pandaknya yang dikenali sebagai 'Pua Kumbu'
MASYARAKAT SABAH




  • Apabila masyarakat Kadazan-Duzun berlaku kematian, proses pengebumian melibatan seluruh masyarakat. Unggun api dihidupkan untuk menghalau hantu dan roh-roh jahat. Terdapat beberapa konsep seperti 'mihad' iaitu menangisi mayat, 'memojuk' iaitu memandikan mayat, 'mengumam' iaitu menghias dan mendandan mayat, 'lobong' iaitu kubur seperti 'panakup' iaitu kenduri. 
  • Bagi kelahiran pula, peoses memberi nama bayi juga melibatkan perbincangan dengan ahli keluarga dan jiran. Adat 'mintuhun' ialah adat menjejakkan kaki bayi ke tanah. 
  • Masyarakat bajau terdapat empat kategori norma atau nilai iaitu hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan penceraian. 



  • Masyarakat Kadazan-Dusun menghasilkan kraftangaan seperti tudung terendak, perangkap binatang daripada buluh, perangkap tikus, perangkap tupai dan perangkap burung. 




PERPADUAN

KONSEP PERPADUAN 



  • Perpaduan dikalangan rakyat merupakan satu proses yang mesti dititikberatkan dalam pernyusunan strategi permbangunan dan pentadbiran negara supaya mampu kekal dan mampu mempertahankan kebebasan di samping memajukan ekonomi sebagai sebuah negara berdaulat. 
Keutuhan sesebuah negara bergantung pada keharmonian sosial yang boleh mewujudkan kestabilan politik yang membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara. 
  • Perpaduan adalah satu proses untuk menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. 
FAKTOR MEMPENGARUHI PERPADUAN NEGARA



  • Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah neggara, terutamanya negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti negara malaysia. 
  • Berlaku perkongsian kuasa politik di negara malaysia. Dengan adanya penyatuan parti berbilang kaum yang dikenali sebagai Parti Perikatan ini dapat membuktikan bahawa gabungan etnik yang berbilang kaum di dalam sesebuah poitik adalah salah satu cara untuk mendapatkan sokongan daripada masyarkat tempatan. Hal ini terbukti apabila Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Majlis Persekutuan 1955.
  • Sikap tolak ansur dalam aspek budaya juga penting bagi sesebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti malaysia. Seperti yang kita lihat, budaya melayu menjadi teras dalam kebudayaan kebangsaan serta telah diamalkan oleh kaum lain seperti kaum cina dan india. Selain itu, konsep menyertai majlis perayaan yang berlainan bangsa juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan persefahaman dalam kalangan masarakat.
KESAN PERPADUAN 



  • Melahirkan generasi yang saling hormat menghormati antara satu sama lain serta sanggup berganding bahu dalam membantu mencapai keamanan dan kemakmuran negara.
  • Menjadi sebuah negara contoh yang disegani dan dihormati oleh negara lain
  • Membantu meningkatkan ekonomi Malaysia dari aspek politik, akademik, sosial dan lain-lain.
KESIMPULAN 

Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya kesan daripada masyarakat yang berbilang bangsa. Gabungan budaya dan perpaduan di negara Malaysia menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani dan dikagumi oleh negara-negara asing. oleh kerana itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah mengekalkan perpaduan kaum yang merupakan identiti keunikan yang tak ternilai mahal harganya agar Malaysia mampu megah berbangga di persada antarabangsa.

dah habis baca..... jom kita tonton video mengenai kebudayaan di negara Malaysia serta eksperimen sosial tentang perpaduan rakyat di negara Malaysia. 😊😊






SEKIAN TERIMA KASIH


Nama pensyarah : Encik Faizal bin Mat Pesa
Nama ahli kumpulan :  1. Nurzulaika binti Misnan [14DHF20F1028]
2. Siti Amirah Solehah binti Zailey [14DHF20F1030]
3. Wan Nurul Najatie binti Wan Yusof [14DHF20F1026]

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN DI MALAYSIA

  KEBUDAYAAN DI MALAYSIA P engenalan  N egara   Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbil...